Sunday, February 13, 2011

Haram Sambut Valentine

Gua nak buat entry ilmiah sikit harini. boleh kan??
maybe ada antara korang yang tak tahu lagi pasal ni.
so, gua nak kongsi lahh ni okay? pada yang dah tahu. bagus.
bak kata pak salleh, "sharing is caring, tanak share, kedekut macam taik kambing"
so, boleh aku start BERilmiah sekarang? okay..
before tu, Assalamualaikum~~
(tak jawab dosa)


Menyerupai orang kafir adalah fenomena yang telah merebak luas di kalangan masyarakat Islam. yang cukup banyak terjadi adalah menyerupai orang kafir dalam perayaan hari-hari besar mereka, salah satu nya Hari Valentine. do you know what valentine means?? mesti korang kata "hari kekasih lahh. apa bebal sangat ko ni". TETTTTT. u are wrong. Valentine ada lahh nama seorang pendeta Nasrani yang hidup di abad ketiga Masihi. Valentine ada lah perayaan agama Nasrani yang bertujuan untuk mengenang salah seorang tokohnya. nahh. pandai kan dorang memperdaya kan kita untuk percaya yang hari tu ada lah hari kekasih.

Dalam Ensiklopedi Katolik menyebutkan tiga riwayat seputar Valentine, tapi yang paling terkenal ada lah apa yang disebutkan sebahagian kitab yang menyatakan bahwa pendeta Valentine dulu hidup di abad ke tiga Masehi pada masa pemerintahan Kaisar Roma Kalaudis II.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, kaisar menjatuhkan hukuman mati kepada pendeta tersebut sebab dia menentang terhadap beberapa perintah kaisar. nak tau apa yang pendeta tu tentang? pendeta tersebut telah berdakwah kepada agama Nasrani, pastu suka hati dia ah nak tahan and jatuhkan hukuman pada pendeta tu sebab pendeta dah cemar agama dorang. konon nya..

Dalam penjara pendeta berkenalan dengan sorang gadis (dah masuk penjara pon sempat nak menggatal lagi), seorang penjaga penjara. Gadis tu mengidap 1 penyakit, bapak gadis tu mintak kepada pendeta agar menyembuhkanya. Setelah diubati, tak lama lepas tu gadis itu sembuh dan pendeta itu jatuh cinta kat gadis tu ( Dan2 ah nak jatuh cinta pulak kan). sebelum dijatuhkan hukuman, pendeta kirim sebuah kartu kat gadis tu yang di atasnya tertulis: “Dari yang tulus Valentine.“ (dah nak mati sempat lagi nak BE-romentik2 pulak. haih. =.=") Sebelum kejadian tu gadis tu dah masuk agama Nasrani bersama 46 orang kerabat dia.

Banyak lagi lahh cerita pasal si Velentine ni. karang aku cerita panjang2, korang malas pulak nak baca. aku tau sangat perangai pemalas korang. kalau aku, aku pon malas. huahuahua. dah2. sekarang aku nak tulis hukum sambut Valentine pulak.

Hukum Sambut Valentine

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)


Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).


okay.. tamat lahh sudah entry ilmiah aku. for more info tanya en.google please. banyak sebenarnya mitos tenteng si harun valentine ni. ni aku cerita salah satu dari mitos yang aku tau. Sekian..

\(^▽^*)Kalau SUKA sila lah LIKE!(*^▽^)/

8 comments:

sicKo^ said...

walaupun dah ramai bagi nasihat psl v-day, ramai yg buat taktau jer...mcm2 alasan diorang bagi..

aliza said...

x pernah sambut v-day nie..bukan best pun.hahaha

Wani Wahab said...

sambut VD buang masa je pastuh tambah dosa , ish2 .

schaze zainn said...

thanks dapat tambah satu lagi ilmu pagi-pagi ni. ;)

lagi satu bila ada sambutan macam ni selalunya pasti mengundang perkara maksiat lagi =,="

then next year pasti banyak baby kena buang..haish..

zaty said...

best akq berceramah . hehe :)

farzana ariffin said...

thx all sebab komen!! ;DD

MarlyMarble said...

owh yeah...

MisZ Qaisyiah mKe said...

wah suatu ilmu ilmiah yg menarik...i like it...^_^