Tuesday, February 22, 2011

Weyh! kau Manusia ke Haiwan?!! Perangai macam @#$%!

tengah aku syok tengok TV tak ingat donia. mak aku campak paper METRO sebelah aku. aku belek2 lah paper tu. tengok tajuk depan. huii dasat2, "Peragut Maut dalam Longkang". bukan setakat maut dalam longkang. siap terpacak lagi weyy. tu mesti masa hidup selalu merempit.

selak muka surat sebelah pulak."Pengawal Terkejut Jolok Mayat Bayi". aik? pelik semacam jea tajuk artikel ni? takan dia tak tau dia JOLOK apa kan? baca punya baca. rupanya guard jumpa mayat bayi atas pam tandas. What The Heck meyh? kena balut dengan tudung and shawl pulak tu. semalam dalam paper pasal mayat bayi kat tebing sungai pulak.

*mayat baby dalam plastic hitam tuhh.

halahaii. ni time bila pulak dorang bermadu kasih ni? aku ingat orang ramai BUAT baby masa valentine, new year and time ada sambutan besar2 yang seangkatan dengannya. sekarang bulan feb, tolak sembilan bulan lepas. so, bulan jun dorang bermadu kasih. perayaan apa yang dorang sambut bulan jun sampai banyak kes buang baby ni?

kawan mak aku dah 15 tahun kawen takda anak. kesian aku tengok, sebab dia nak sangat anak. rezeki belum ada kann. yang ni, Allah dah bagi rezeki main buang2 pulak. hey, haiwan pon tak buang anak dorang tau. dah lahh kau buat @#$%, lepas tu kau bunuh anak kau pulak. manusia ke kau?

\(^▽^*)Kalau SUKA sila lah LIKE!(*^▽^)/

13 comments:

Nur Diyana Ruslan said...

tu tak sayang anak namanya..

Wani said...

ishk2 , ade lagi rupanya kes buang bayi ni . ingatkan da stop dah .
yang tak tahan tuh da jadik mayat , kalau hidup tak pe la jugakk :((

farzana ariffin said...

nur & wani ; i donno what to say dengan orang macam ni

Gula-gula hati said...

hari-hari mesti ade je pasal kes buang bayi nie .
Ape nak jadi dengan dunia sekarang . ? *sigh =.='


http://gulagulahati89.blogspot.com

Ryn Baharun said...

tanda2 dunia nk kiamat agaknye -___-' haih

farzana ariffin said...

gula2 & ryn ; tau takpa..

tsara minraa said...

orang zaman sekrang mmg truk kan

imaza93 said...

huhui...takut2..janganlah ada saudara kita yang jadi macam tu kann...

nelly said...

Tak sanggup dah nak baca entri2 pasal bayi .
kesian .tak ada perasaan . .

farzana ariffin said...

tsara ; tak tau nak kata dah kan.

ima ; yg ni pon kira saudara. saudara sesama islam. harap2 berkurangan lahh kes2 macam ni akan dtg.

nelly ; tu lahh. kesian kan

aNnE said...

diorang buat anak tak kira masa . anytime asalkan nafsu ada . haha . baby jugak jadi mangsa =.='

farzana ariffin said...

anne ; haha. tu lahh. kesian baby tuhh

tomato said...

kalau tak dek perayaan pon hari2 org dok wat baby . grrrr . taknak jage jgn lah buang ke bunuh ke , bagi la org yg nak jaga elok2..pastu klu dah tak nak jage tayah r buat anak kan ! huh